Monday, December 21, 2009

:: Ingin mahir menggunakan Adobe Photoshop?



Adobe Photoshop
? Anda pastinya telah mengenali perisian terhebat ini, dan anda juga pasti tahu apakah pula fungsi-fungsinya.

Ok, mari kita senaraikan apakah fungsi-fungsi asas Adobe Photoshop yang anda tahu. Adobe Photoshop berfungsi untuk :

1.Mengedit Gambar
2.Melukis
3.Mewarna
4.Membuat Laman Web
5.Mencipta Animasi
6.Menghasilkan Grafik
7.Membuat Bentuk Yang Kompleks
8.Menghasilkan Tulisan (Font)
9.Membuat Banner
10.Menghasilkan Ilustrasi
11.Dan Banyak Lagi!

Wah, banyak juga yang anda tahu ya? Akan tetapi itu baru sahaja fungsi-fungsi asas! Adobe Photoshop mempunyai lebih daripada 9000 teknik untuk fungsi ‘mengedit gambar’ sahaja. Belum pun termasuk fungsi-fungsi yang lain.

Oleh kerana itulah ianya digunakan secara meluas oleh semua orang di seluruh dunia. Perisian ini mampu melakukan hampir apa sahaja tugas yang berkaitan dengan grafik. Dan kami yakin anda pun tahu tentang hakikat ini.

Tapi cukupkah dengan sekadar tahu? Tentu sekali TIDAK! Anda perlulah mahir dengan perisian ini untuk menggunakan fungsi-fungsi asas di atas. Bagaimana pula untuk anda memahirkan diri dengan perisian ini? Tentulah dengan anda berusaha untuk mempelajarinya.

Namun, belajar sendiri Adobe Photoshop bukanlah sesuatu yang mudah. Ianya memerlukan masa yang banyak dan percubaan demi percubaan yang pastinya sungguh membosankan!

Akan tetapi kami telah menyediakan sesuatu yang akan memudahkan anda, sesuatu yang akan menjimatkan masa anda, sesuatu yang menjadikan Adobe Photoshop seronok untuk dipelajari, sesuatu yang telah menjadi rahsia ramai Pereka Grafik! Dan pastinya sesuatu yang akan menjadikan anda seorang ‘pakar’ di dalam menggunakan Perisian Adobe Photoshop! Adakah anda ingin tahu apakah bendanya SESUATU ini??


DVD Raja Grafik Malaya
kini di pasaran



  • Photoshop & Illustrator Vector (more than 5,000 files)
  • Photoshop Action (more than 1,000 PS actions)
  • Photoshop Plugin (more than 1,800 PS plugins)
  • Photoshop Shapes (more than 300 PS shapes)
  • Photoshop Brushes (more than 350 PS brushes)
  • Photoshop Styles (more than 800 PS styles)
  • Photoshop Gradients (more than 300 PS gradients)
  • Fonts Collection (more than 1,000 premium fonts + 1 software)
  • Web 2.0 Icon (more than 200 web 2.0 icons)
  • Various Mix Icon (more than 16,000 icons)
  • Wallpapers (more than 1,200 HD wallpapers)
  • Flash Website Templates (50 Premium Flash Templates)
  • Stock Photo (more than 300 stock photos)
  • 1000 Photoshop Tricks Tutorial
  • Portable Adobe Photoshop CS4
  • Portable Adobe Illustrator CS3
  • Portable Adobe Dreamweaver CS4
  • 9 Ebook Photoshop Tutorials, HTML & CSS, Photography, Blogging
  • Video Tutorial Cara-cara Menggunakan Adobe Photoshop
Anda tidak perlu lagi membazirkan masa dan wang ringgit mencari grafik yang menarik untuk design anda. File Grafik, Photoshop & Illustrator yang telah dipilih secara professional oleh seluruh web designer, photographer & webmaster di dunia dan forum terkemuka dimuatkan di dalam dvd ini.

Anda pasti tidak menyesal setelah mendapatkan
DVD Raja Grafik Malaya


Dapatkan segera DVD Raja Grafik Malaya untuk melengkapkan skill anda.

DVD ekslusif ini boleh diperolehi di sini dengan harga yg berpatutan.

Jangan lepaskan peluang ini.

Klik di sini untuk pembelian.

Wednesday, December 2, 2009

:: Quick Update on Jam's Wedding Reception

Tarikh: 29 Nov 2009
Lokasi: Telok Panglima Garang,Banting



Pengantin yg ader iras2 Dato' CT kan...



dan temanya adalah hijau epal yg menyegarkan..



Percubaan mereka2 yg nk close-up muka pengantin..hehehe..


dan inilah pasangannya -> Cikgu Jamilah & Cikgu Nizam




Pengantin duduk lepak jap sambil kasi peluang wartawan hiburan amek gambar...hehee



Azie,pengapit yg sudi memayungkan diri sendiri..bukan nk payungkan pengantin..hahaha..


Selamat Pengantin Baru Buat Jam dan Nizam

Semoga berbahagia selalu hingga akhir hayat..ameen..



Note: Geng2 KPM sekalian yg x dpt hadir, dimaklumkan bahawasanya nasi minyak sgt la sedap..licin pinggan..siap ader rojak buah..suke..suke..hehehe. Mekasih Nurul coz tumpangkan Nik BTS-Banting-BTS..hehee..nanti nik belanja nasik ayam ye ;)

Thursday, November 12, 2009

:: Airbag danger to children

Pagi nih, sebab smpi awal kt opis, so singgah 7e beli breakfast, then grab a copy of The Sun..so, sementara tggu pintu opis dibuka, so aku lepak jap baca The Sun..

cam dh lame xbaca surat khabar berkertas..hahaha..lately, asyik baca online jer..tu pun klik segmen hiburan dulu..

So, ari ni cam nk share satu artikel pendek yg dipetik dr The Sun bertarikh 12 Nov 2009 ni..

Airbag danger to children





Children can only be safely seated in the front of a car if the airbag is deactivated, recent tests by Germany's automobile association yielded.

If the children is fastened to a baby seat and is facing the windscreen, the airbag should always be deactivated. For bigger children, the distance to the airbag should not be too close.

The crash test revealed that a child is relatively safe in a baby seat even at a speeed of up to 64kph if the airbag is deactivated. However if the airbag is activated, the child could sustain serious head and neck injuries from the velocity of the airbag releases, even at relatively low speeds, the association warns.

Parents should consult the car handbook to see whether children can be transported in the passenger seat. In the most cars, the airbag can be deactivated at the switch of a button. -dpa


Note:
kph = Kilometres per hour(km/h) – a physical unit of speed or velocity

Tuesday, November 10, 2009

:: "Sometimes just word are not enough", kata Jing


Biasanya, aku kalu search pasal code programming , memang agak malas nk baca description yg panjang lebar..then, ari ni aku teruja ngn entry daripada blog Ben Nadel ..aku bukan nk explain pasal jQuery Live() itu but the way Ben Nadel present and explain the topic..

begitu berkesan impact multimedia dlm dunia pembelajaran kan..para pengajar skang pun dah IT literate..most of them dah apply elemen2 multimedia dlm bahan P&P kan..so, student xder la boring + duduk menopang dagu dlm kelas kan..so, ari nih, aku nk share ngn korang semua pasal software yg Ben Nadel guna dlm entry nya itu iaitu Jing..



Apakah itu Jing?




Jing is free software that adds visuals to your online conversations.
Instead of typing at people, show them what you're talking about..



Jing ni guna untuk ape?
  • Korang bleh guna utk kasi penerangan atau instruction mengenai design project atau aper2 aje yg korang rasa lebih mudah diterangkan secara visual kan..macam nk kasi tutorial buat blog or customize blog, korang bleh guna Jing utk nmpk lebih efficient kan..
  • Korang bleh share snapshot ngn kawan2 korang..contoh, kawan korang x tahu lokasi sesuatu tempat, then dia x tahu plak nk gune google map ..maka, korang bleh la snap map dari google map itu dan sent to them url snapshot itu..
  • Korang bleh jadi narator utk slide show koleksi gambar wedding or percutian korang ..

  • Utk keterangan lanjut, sila menuju ke sini..dan tgk video di bawah:




Dan..nih hasil cuba-try-test on my 1st attempt in using Jing..but, xder mic..so, silent mode je video nih..hehe..



Monday, November 9, 2009

:: Papan Pemuka Google..Google tahu tentang kamu

Google memang femes ngn product2 yg best2 dan menyenangkan..

Antara product /service Google yg aku sedang/pernah gunapakai :

  1. Gmail
  2. Blogger
  3. Picasa
  4. iGoogle
  5. Docs
  6. Friend Connect
  7. Talk
dan Google AJAX Language API utk research di ofis.

Google telah muncul ngn dashboard( papan pemuka ) yg memudahkan pengguna Google utk control n review product2 yang mereka guna..

Utk paparan mengenai dashboard nih, tgk je la video nih, then try yourself at www.google.com/dashboard.



Credit to : http://www.pcworld.com/article/181586/google_dashboard_goodbut_more_explanation_please.html

:: Sejarah haji di Malaysia

Dipetik dari artikel Berita Harian Online

Sejarah haji di Malaysia

Oleh Rohaniza Idris
roha@bharian.com.my




Catatan awal menyatakan Sultan Mansur Shah berhasrat ke Tanah Suci tetapi mangkat sebelum dapat menunaikannya

IBADAT haji di negara ini dipercayai bermula sejak kedatangan Islam ke gugusan Kepulauan Melayu pada abad ke 13. Namun, catatan sejarah yang jelas mengenai perkembangan haji di negara ini sukar diperoleh secara terperinci kerana tidak banyak maklumat mengenainya.

Dipercayai orang Melayu yang berkemampuan dan terbabit dalam aktiviti pelayaran ialah kelompok terawal menunaikan haji, namun tiada catatan atau apa-apa penunjuk aras mengenainya ditemui.


Pengamal perubatan Portugis, Tom Pires mencatatkan dua pemerintah Melaka ada menyatakan hasrat ke Makkah iaitu Sultan Mansur Shah yang memerintah dari 1456-1477 Masihi atau 860-881 Hijrah dan Sultan Alauddin Riayat Shah (1477-1488 Masihi/881-893 Hijrah). Namun, kedua-duanya tidak dapat meneruskan niat mereka kerana mangkat.

Dalam catatan itu, Tom Pires menjelaskan kedua-dua pemerintah sudah membuat persediaan, termasuk menyediakan emas yang berganda jumlahnya dan mempersiapkan kapal untuk pelayaran menunaikan haji.

Catatan Tom Pires bagaimanapun, tidak boleh dianggap sebagai rekod terawal berkaitan pelayaran masyarakat Melayu menunaikan haji ke Makkah kerana ibadah haji itu sendiri adalah satu kewajipan yang dilaksanakan umat Islam.



Catatan yang tidak kurang penting mengenai jemaah haji dari Kepulauan Melayu ialah perjalanan ilmuwan Muhammad Yusuf Ahmad atau lebih dikenali sebagai Tok Kenali pada 19 Masihi (13 Hijrah).

Tok Kenali berasal dari Kelantan melanjutkan pengajian agama beliau di Makkah ketika berusia 18 tahun. Dicatatkan beliau mengambil masa enam bulan untuk sampai ke Makkah. Tok Kenali kemudian mengambil keputusan menetap di Makkah bagi menuntut ilmu, di samping menunaikan umrah dan haji.

Beliau kemudian kembali ke Kelantan pada usia 40 tahun dan mengasaskan pusat pengajian Islam. Selain beliau, beberapa ilmuwan Islam di Kepulauan Melayu yang terkenal ialah Hamzah Fansuri yang belayar ke Makkah pada akhir abad ke 16 Masihi (10 Hijrah) dan Abdul Rauf Singkel menunaikan haji pada 1643 Masihi (1052 Hijrah).

Apabila tiba abad ke 19 dan 20 Masihi, muncul bukti yang lebih banyak berkaitan aktiviti mengerjakan haji masyarakat Melayu di Malaysia. Banyak artifak, manuskrip, bahan bercetak dan gambar direkodkan orang Melayu yang pergi ke Makkah menunaikan haji.

Cendekiawan Malaya Harun Aminurashid bergambar di atas kapal ketika menunaikan haji pada 1960.

Antara catatan yang menarik dihasilkan Munsyi Abdullah seorang terpelajar berasal dari negara ini yang menceritakan dengan teliti pelayarannya ke Tanah Suci pada 1854 Masihi (1270 Hijrah) melalui Hikayat Pelayaran Abdullah.

Selepas itu ramai cendikiawan Melayu dan golongan terpelajar yang pernah ke Makkah menunaikan haji dan umrah mengabdikan pengalaman mereka dalam bentuk tulisan bagi berkongsi ilmu dengan orang lain.

Beberapa manuskrip bertulisan jawi ditemui di Kepulauan Melayu menyentuh pelbagai aspek berkaitan haji, termasuk catatan peribadi dan maklumat mengenai haji bersifat keagamaan.

Cendikiawan Melayu Harun Aminurashid menulis pengembaraannya ke Makkah dengan kapal laut pada 1960 Masihi (1379 Hijrah) dalam bukunya bertajuk Chatetan ka-Tanah Suchi.

Harun menceritakan perit getirnya sepanjang perjalanan dengan kapal diberi nama Anshun. Antara petikan berkenaan ialah: “susah menjadi penumpang di dalam bahagian tengah kapal...orang yang ingin menunaikan haji mestilah sabar... di sini tiada keseronokan atau kebebasan seperti kebiasaannya ketika di darat...kamu terpaksa menanggung kesusahan ini di sepanjang pelayaran pergi dan balik daripada menunaikan haji, sabar ialah satu-satunya jalan penyelesaian terbaik.”

Selain Harun, ada beberapa tulisan lain yang menceritakan keterujaan mereka menunaikan haji serta gambaran perjalanan ke Tanah Suci seperti Jaafar Jusoh Al Haj (Perihal Pemergian ke Mekah dan Madinah yang diterbitkan pada 1937 Masihi (1355 Hijrah) dan Haji Ismail Haji Ishak dalam bukunya bertajuk, Ke Mekah Mengikut Jalan Darat (1975 Masihi/ 1394 Hijrah) .

Selain catatan perjalanan, ada juga ditemui penulisan jemaah haji berkisar mengenai perasaan, pandangan dan pemikiran mereka terhadap apa yang berlaku sepanjang perjalanan yang dipersembahkan dengan gaya tersendiri, termasuk karya seni seperti puisi, lukisan dan poster.

Dicatatkan seorang jemaah haji yang tidak diketahui identitinya mengubah nazam menceritakan perjalanannya dari Kedah ke Makkah.

Dalam nazam tulisan jawi itu, penulis menyatakan tiga bulan dari Kedahlah dan kurang, Pelayaran kapal tatkala menyeberang, Jikalau angin dari belakang sampai ke Jeddah (laut) yang tenang...Dua malam tuan sudah di Jeddah hendak berjalan pula ke Makkah disewalah unta mana yang mudah kecil sedikit daripada gajah...”

Di akhir nazam dinyatakan 120 rahmat ke atas Kaabah iaitu 60 bagi mereka yang mengerjakan tawaf, 40 bagi mereka yang bersembahyang dan 20 bagi yang melihatnya.

Sejak 1900 hingga 1969, jemaah haji negara ini hanya menggunakan kapal laut untuk ke Makkah. Mulai 1970 hingga 1976, sebilangan kecil daripada mereka menaiki kapal terbang tetapi kapal laut masih terus digunakan.

Sejak 1977 kapal laut tidak lagi digunakan, sebaliknya semua jemaah haji Malaysia menaiki kapal terbang untuk ke Makkah. Pada zaman kapal laut, pelayaran dari negara ini ke Makkah mengambil masa di antara dua dan tiga bulan, selain dilihat berisiko lebih tinggi.

Kebanyakan jemaah yang menaiki kapal laut pernah mengalami pelbagai pengalaman pahit, termasuk dilanda ribut taufan. Malah, ada kapal laut yang terbakar ketika dalam pelayaran di tengah samudera. Namun, semua itu dianggap sebagai dugaan dan ujian Allah.

Dalam perjalanan selama berbulan-bulan ke Makkah, ada jemaah yang uzur atau meninggal dunia di atas kapal. Bagaimanapun, rekod sebenar mengenai kematian itu sukar diperoleh.

INFO: Kapal haji

  • Mendam Berahi (abad ke-15)
  • Subulus Salam (1854),
  • Antirorchus (1936), Bellophon (1936), Cyclops (1936) dan Potesilaus (1936)
  • Agamemnon, Adratus, Atreus, Ajax, Eurubates, Glaucus, Idomeneus (1940-an)
  • Prometheus (1950-an),
  • Malaysia Kita, Malaysia Raya dan Kuala Lumpur (1970-an).

    Peristiwa 1947

  • 670 jemaah haji Malaya berangkat ke Makkah melalui Singapura dan 1,326 melalui Pulau Pinang. Daripada jumlah itu, 1,729 pulang ke Malaya, manakala 200 lagi terus tinggal di Makkah; 67 meninggal dunia iaitu 31 ketika dalam pelayaran, manakala 36 di Makkah.

  • Sebelum Perang Dunia Kedua hingga negara mencapai kemerdekaan, Singapura dan Pulau Pinang menjadi dua pelabuhan penting bagi jemaah haji Malaya.

  • Kebanyakan jemaah sebelum merdeka dibawa ke pelabuhan dengan lori dan cara itu sering dikritik orang ramai menerusi akhbar. Satu peristiwa pernah menimpa jemaah di Pelabuhan Klang pada 8 Julai 1962 iaitu tragedi tangga patah menyebabkan 20 cedera ketika menyambut ketibaan jemaah haji di atas kapal `Kuala Lumpur'.

  • Menjelang awal 60-an, kesulitan itu semakin reda apabila pakar ekonomi negara, Prof Diraja Ungku Aziz mengesyorkan supaya Tabung Haji diwujudkan. Dalam memorandumnya berjudul `Pilgrims Economy Improvement Plan' kepada kerajaan, Ungku Aziz mengesyorkan penubuhan sebuah perbadanan untuk mengurus dan mengendalikan urusan umat Islam negara ini yang hendak menunaikan haji dan umrah.

  • Tabung Haji ditubuhkan pada 1969 dan menguruskan pergi balik jemaah haji ke Makkah dengan licin dan teratur. Tradisi dan amalan menjual harta benda untuk ke Makkah hingga menyebabkan `kepapaan' selepas jemaah haji kembali ke tanah air, juga semakin pupus.
  • Friday, October 30, 2009

    :: Doughnut Machine Business Proposal

    Itulah first business proposal yg aku prepare atas arahan lecturer utk subjek KPMxxxx..( x igt code subject )..hehe..dan hasilnya, kini aku berjaya makan donut yg dijual oleh makcik2 dan bakeri2 di kawasan berhampiran dgn ku..hehe..

    Bukan senang nak hasilkan bisnes plan/proposal yg sekali-baca-terus-org MARA/ bank -kasi-lulus-loan kan..

    Even, member sekursus KPMxxxx yg kini dh jadik businessman pun akui akan susahnya nk buat bisnes proposal..


    Dan kini, dengan adanya Koleksi Rahsia Mencipta Pelan Bisnes nih, diharap dapat membantu bakal2 peniaga utk memulakan langkah ke arah perancangan bisnes yg lebih baik.




    Di dalam Koleksi ini terdapat pelbagai contoh Rancangan Perniagaan yang dapat membantu anda dalam beberapa perkara :

    • Membantu anda memikirkan keseluruhan proses perniagaan supaya anda tidak memulakan perniagaan secara membuta tuli atau kekurangan sumber.
    • Menjadi garis panduan untuk pengurusan perniagaan.
    • Mengkaji dan menilai sama ada projek yang akan dilaksanakan berdayamaju atau sebaliknya.
    • Meyakinkan pihak-pihak tertentu terhadap idea-idea perniagaan dan sebagai asas bagi cadangan pembiayaan.
    • Menunjukkan kepakaran usahawan di dalam perniagaan yang mereka cenderung untuk menyertainya.
    • Kawalan yang teratur dan cekap akan menjadikan perjalanan perniagaan lebih lancar dan tersusun.
    • Meningkatkan Motivasi Usahawan dapat membuat ramalan tentang perniagaannya berdasarkan maklumat yang terdapat dalam rancangan perniagaan.
    • Membolehkan usahawan melihat dan menilai projek secara objektif, kritikal dan praktikal.
    • Membolehkan usahawan menentukan siapakah pesaing utama mereka, kekuatan dan kelemahan mereka dan menentukan stretegi yang betul untuk menghadapi mereka.
    • Menjelaskan misi dan visi perniagaan membolehkan usahawan membuat keputusan yang betul dan mengambil tindakan yang tepat di masa hadapan.
    Harga koleksi ini? Priceless!!..FREE!! PERCUMA !!

    Dapatkan segera di sini!

    Note: Tetibe rase janggal plak buat entry gaya gini..hahaha...lantakla..yg penting ilmu dpt dikongsi..

    Monday, October 26, 2009

    :: My Mr.Right


    26 Oct 2009

    Selamat Ulang Tahun ke 58 buat Abah
    Semoga Abah sentiasa dilindungi Nya dan
    dikurniakan kebahagiaan di dunia dan akhirat. Ameen..


    Note: Aku sedar yg ari nih 26hb biler tgk tiket komuter time nk gi opis pg td..kalu x, sure aku x igt langsung ari nih ari jadi Abah..and time tuh jugak la, battery phone empty. Abah, maafkan Angah coz lambat wish ye..

    Wednesday, October 21, 2009

    :: Ni bukan iklan tiket tambang murah Air Asia tp Catcheye Malaysia



    For further information : click here

    Join Now@here

    Nota: Baru sign up setelah baca kt blog Kak Dahlia..hehe..sign up je trus dpt rm1..lepas la utk duit tambang komuter bts-midvalley..hehehee..

    Tuesday, October 20, 2009

    :: Org Besut panggil Sunday Blues..

    ..sebab kije start ari Ahad..
    tapi..
    aku org Besut yg kene sindrom Monday Blues
    coz aku cari rezeki di Pantai Barat..hehe

    Setelah hampir 1 tahun, 3 bulan aku duk memerah tenaga RAM, harddisk dan pelbagai lagi komponen pc aku kt opis, tetiba di pagi Isnin yg asalnya aku bersemangat nk berkije( mode serius )..tetibe..terus membuatkan aku berjiwa blues..dush..harddisk rosakkk!

    Kenapa aku blues:
    • no pc, no status update in FB..hahhaaha..( aku x active kan FB Mobile)
    • no pc, no blog update in Being Coach Potato ..( Hari Isnin adalah ari mengupdate blog kann..haha)
    • no pc, no comment bleh reply kat FB kann...( Aku suke baca comment2 staff2 opis nih..multi-bahasa..hahaha)
    • no pc, no ym session bile time dah pukul 12.30 pm ++..( session mengajak makan lunch )
    • no pc, aku obviously seperti makan gaji buta kann..(hehe..eventho pernah mencuri tulang jugak)
    • no pc, x dpt bergossip ngn staff opis sebelah..hahaha..
    • no pc, aku jadi lapar..(berkadar langsung kah?? )
    • lagi blues coz kene balik lmbt -kene format pc sendiri smpi kul 9pm..

    Note: Thanks to Senior a and my colleague yg tergesa2 ke MV di lewat petang semata-mata nk gi beli harddisk baru ..300 GB..yeah..bleh download byk2..hehehe..tak..tak..space yg banyak tuh akan dimanfaatkan ngn kije2 opis..betul!

    Thursday, October 15, 2009

    :: Patutkah saya menjadi pengguna pengangkutan awam sepenuh masa..part 2



    Senior a: nik
    Senior a: nik
    Me: ya
    Senior a: nik
    Senior a: nik
    Senior a: dah dapat ur driving licence yet?
    Me: patutkah nik reveal kt conference?
    Senior b: iya!
    Senior b: sememangnyer mesti di reveal
    Senior a: of coz
    Senior a: so we can celebrate

    Me: hahhaa..JPJ tuh baik hati sangat..utk mengurangkan statistik kemalangan sempena perayaan nih, dia kasik nik FAIL..
    Senior b: lol..
    Senior a: aiyo
    Senior b: adoi..
    Senior b: tak belanja abang makan kfc?
    Senior a: fail which part ni?
    Senior c: oh.. betul ke?
    Me: road n parking..
    Senior c: dua2 pun failed ke?
    Senior b: on the road very high rate fail -.-
    Senior a: ohh... u drifted?
    Me: yup..i think so..that's why i rempuh bumper
    Senior c: ha a, die drift utk elek lembu
    Senior a: ha... betul ke ni... u crashed?
    Senior c: kena bumper??!!
    Me: ehh..bukan bumper..divider..sori, slah term
    Me: x crash
    Senior a: u hit the examiner?
    Me: hahahhaa
    Me: at least examiner tuh kene apply insurance mahal skit
    Senior a: aiya... u should hit him instead,then he got no chance to fail u
    Senior c: so bile re-take?
    Me: after raya
    Senior b: bila dia turun kereta then should hit..
    Senior b: ataupun sebelum naik kereta
    Senior c: oh.. so raya tak boleh drive la?
    Me: x..ader driver..bus driver namanyer
    Senior a: dun worry... thts experience... i failed twice last time also
    Senior b: me sekali also.. -.-
    Senior b: tapi undang 48/50
    Senior a: cheh
    Senior a: undang2 is nothing
    Senior a: now u still run the light also wht
    Senior c: i passed straight
    Senior b: ya its general knowledge lol
    Senior b: takde
    Senior b: Senior c sure kasi duit kfc
    Senior a: no no
    Senior b: belanja abang fortuner kfc
    Senior a: hes vegan
    Senior c: no la.. duit vegie
    Senior b: ohh yes -.-
    Senior a: cannot kfc
    Senior a: belanja kangkung


    *Senior c- vegetarian :)

    cool x diorg...hehe..igtkan diorg buat conference pasal nk bincang hal kije..at last, lain plak mode conferencenya..

    If me lulus test tuh, sure korang belanja beli sebuah kereta kan..kan..hahaha..

    ..then,ari ni, selebrum otak ku diganggu oleh kajian di bawah..cetusan ikhlas dari pengguna komuter gak..hahaha..ko sure dah smpi tahap kalu-boleh-nak-jer-beli-komuter-sendiri kan fathi..hahaha..( sebelum tuh, ko halalkan la nik print screen status kt FB ko nih ye..hehe)



    Walau apa pun, komuter KTMB nih byk jasa ngn aku..walaupun kekdg sakit hati gak..hehe..

    Kalu saper2 perasan, kt tiang komuter station Salak Selatan berlaku vandalisme ngn tertulis Keretapi Taktentu Masa ( aku pun xclear gak..sebab aku x pakai spek time dlm komuter..hehe)..maybe org tuh mendapat idea utk berkarya setelah sekian lamer tggu komuter kan..kan..aku memahami situasi itu..ye la, maybe korang penat2 balik kije, then kene plak tggu berjam2..perut dh berbunyi..pastu menambahkan sakit hati, bile komuter sampai, walaupun saiz badan korang kurus kering pun still x bleh membolosi ruang dalam komuter tuh kan..kan..aku paham..but, byk2 la bersabar ye..( utk peringatan diri sendiri gak.. )..jgn plak gi lakukan vandalisme ye..

    Note: Aku akan berusaha utk lulus test sebelum hujung tahun nih..huhuu...tp, KTMB, jgn bimbang, aku still akan menyumbang kepada profit company anda..Saya Sayang Komuter!!

    Wednesday, October 14, 2009

    :: Al Fatihah buat arwah Rizal & takziah buat Suraya

    Takziah kepada my x-coursemate, Suraya. Suaminya,Allahyarham Rizal, bekas student aerospace engineering UPM batch 02/06 telah kembali ke rahmatullah pagi semalam..semoga rohnya ditempatkan di kalangan org2 yg beriman di sisi Allah Taala..Ameen..


    Al-Fatihah


    Rasa bersalah sangat coz dah lamer x contact and bertanya khabar ngn Su. Aku hanya tahu pasal berita nih melalui SMS yg dikirimkan oleh Zura.

    Last jumpe mase kat SJMC on last December. Time tuh, aku kat hospital melawat arwah pakcik.

    Kebetulan, time tuh, aku , Abah ngn sedara mara berkumpul kat lobi hospital..then, Su nampak Abah ..tetibe aku dengar org panggil nama aku..Nikkkkk...terus nmpk Su ngn arwah Rizal.. bahagia nampak diorg..

    Lepas tuh, just contact via YM jer.

    Semalam, call Abah n bagitau hal nih..then, Abah terkejut ..and Abah still igt yg dia pernah berbual2 ngn arwah time kt SJMC dulu ..Su kire dah kenal ngn famili aku since kitorg same2 praktikal di kota bharu dulu .. and kisah Su dan arwah Rizal ketika di awal perkenalan diorg juga sedikit sebanyak turut dikongsi bersama rakan2 yg rapat dengannya..

    Tersentuh baca status di friendster Su, walaupun dh lamer, tp terkesan sgt..

    "Ya Allah berkatikanlah rumahtangga kami, kurniakanlah kami ketenangan dan kebahagiaan dunia dan akhirat, amin...."


    Ajal jodoh ditentukan Allah SWT..sesungguhnya kite merancang, tapi Tuhan menentukan..

    Buat Su, be strong..Kami yakin Su seorang yg tabah..Jaga diri baik2..Kami sentiasa mendoakan yg terbaik buat Su..

    Just to be informed that Shariaah( Sha ) sekarang tengah berehat selepas operation.
    Sama-samalah kita berdoa agar Sha sihat seadanya. Sha, jaga diri baik2 ye..

    Note: Bila memasing sibuk dgn urusan peribadi seharian, khabar berita rakan-rakan seolah2 kite lupa utk bertanya..sama ada rakan itu dalam kesusahan mahupun dia inginkan rakan lain utk berkongsi berita gembira bersama..

    Monday, October 5, 2009

    :: When your best friend get married..



    Selamat Pengantin Baru
    buat

    Nor Halizanatul Shima dan pasangannya


    Semoga korang berdua berbahagia sehingga ke akhir hayat..
    Ameen..

    Thursday, October 1, 2009

    :: Patutkah saya menjadi pengguna pengangkutan awam sepenuh masa..part 1

    ulasan penguatkuasa JPJ pada my slip ujian memandu ..gagal mengawal stereng dgn baik.Cara pemanduan boleh menyebabkan kemalangan.

    dalam sesetengah perkara yg org lain x yakin nk buat, aku masih dapat menyakinkan diri utk lakukannya..tapi dari aspek memandu, aku belum nampak perkataan YAKIN itu..dan belum CERDIK utk menjadi pemandu yg baik..oleh itu, aku kene banyak lagi belajar..jangan terburu2 nk pakai kereta sehinggakan lupa aspek pemanduan yg harus dipraktikkan..

    Setiap kali pulang ke kampung atau pulang ke KL, aku menaiki bas express..dan setiap kali itu lah, sebaik duduk di seat, aku terus mengucap dan selawat byk2..setiap kali driver bus bawak laju, aku dah risau..biler tiba di kampung dengan selamat,aku bersyukur sangat2..tp aku turut sedih bile dikhabarkan berlakunya kemalangan di laluan yg sama aku guna pada hari yg sama, minggu yg sama mahupun bulan yang sama..

    Ops Sikap gagal?

    Oleh UMAVATHI RAMAYAH
    uma.ramayah@utusan.com.my

    KUALA LUMPUR 28 Sept. - Ops Sikap Ke-20 yang berakhir semalam, merekodkan jumlah kematian kedua tertinggi dalam sejarah operasi itu sejak diperkenalkan lapan tahun lalu dengan 261 pengguna jalan raya terbunuh.

    Jumlah korban tertinggi sebelum ini sebanyak 285 orang daripada 253 kemalangan maut yang dicatatkan semasa Ops Sikap Ketiga, iaitu pada 13 Disember 2002. Purata kematian adalah 18.7 sehari.

    Ops Sikap Ke-20 yang berakhir semalam pula mencatatkan purata 17.4 kematian dalam sehari.

    Jumlah itu sekali gus menyaksikan peningkatan 25.4 peratus kematian dengan penambahan 53 kematian berbanding Ops Sikap Ke-17, pada Hari Raya Aidilfitri lalu.

    Secara keseluruhan lebih 60 peratus angka kematian sepanjang Ops Sikap Ke-20 itu masih disumbangkan oleh penunggang dan pembonceng motosikal.

    Sementara itu, Penguasa Perhubungan Awam Bukit Aman, Supritendan Rasdi Ramli berkata, seramai 23 lagi maut pada hari terakhir Ops Sikap Ke-20 semalam.

    Katanya, daripada jumlah itu, seramai 12 mangsa ialah penunggang dan pembonceng motosikal.

    "Ia diikuti dengan lapan kematian membabitkan kereta dan tiga pejalan kaki. Kita juga mengeluarkan 9,826 saman di seluruh negara melibatkan pelbagai kesalahan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

    Rasdi berkata, jalan bandaran sekali lagi mendahului senarai jumlah kemalangan dengan 388 kes, diikuti jalan Persekutuan (284 kes), jalan negeri (152 kes), lebuh raya (68 kes) dan jalan-jalan lain (39 kes).

    Ops Sikap Ke-20 yang bermula sejak 13 September lalu bertujuan mengurangkan kemalangan jalan raya sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

    Ia membabitkan kira-kira 2,500 penguat kuasa termasuk polis, bomba dan ambulans.

    Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang kecewa dengan peningkatan kes kemalangan maut khususnya pada musim perayaan menyatakan walaupun hukuman mati sekalipun dikenakan, pengguna jalan raya di negara ini akan tetap melanggar undang-undang.


    2 org sahabat ku menemui ajal akibat kemalangan jalan raya.Arwah Pok Deq ( rakan sekelas di sekolah menengah) meninggal akibat xcident motor di bulan Ramadhan beberapa tahun yg lalu..dan yg terbaru, rakan sekelasku ketika sekolah rendah, Arwah Che Wan Norma..Allah lebih menyayangi mereka..al-Fatihah..semoga roh mereka ditempatkan di kalangan org2 beriman..AMIN..

    Perodua Kancil smashes into tree, killing two
    2009/09/26

    GUA MUSANG: Two people were killed when the Perodua Kancil they were travelling in turned turtle after hitting a tree at Km 21.3 Jalan Gua Musang-Kuala Krai here today.

    The dead are Hanif Imran Zainuddin, 19, and his aunt Che Wan Norma Che Wan Long, 26, from Kampung Beris Alor Pisang, Kuala Besut, Terengganu.

    Gua Musang police chief DSP Aziz Hassan said Hanif Imran was believed to have lost control of the car before it skidded into the opposite lane and turned turtle after hitting a tree.

    He said the victims were heading to Kuala Lumpur from Kuala Krai when the mishap occurred around 3pm today.

    "Both victims, who sustained severe head and bodily injuries, died at the scene," he said.

    The bodies of the victims were taken to Gua Musang Hospital for post-mortem and were later claimed by family members for burial. - BERNAMA


    Wednesday, August 19, 2009

    :: 1 Malaysia katanya..part 2

    Di waktu petang yg dingin ngn hembusan angin aircond jenama BUKAN BUATAN MALAYSIA..hehe

    SMS Rakyat 1 : Kt pejabat lagi ke? Nk minta tlg tgk tema hari kebangsaan tahun ni kt internet


    Makanya Rakyat 2 memulakanlah operasi googling tema hari kebangsaan itu..

    SMS Rakyat 2: Kedewasaan Bernegara .Maksudnya kita sudah menjadi matang dan mampu untuk memahami cabaran-cabaran kehidupan. (siap ngn definisi bagai..hehehe)

    Rakyat 2 agak ragu2 ngn SMS yg dihantarnya td..agak janggal bunyi tema itu..maka digoogle lagi..lalu terbukti Rakyat 2 telah membuat kesilapan yg boleh memalukan diri sendiri dan negara tercinta.

    SMS Rakyat 1: Tema tahun ni ke tu?
    SMS Rakyat 1 (lagi) : Confirm tema tu? Nk buat buku program ni.

    SMS Rakyat 2: eh..silap
    SMS Rakyat 2 (lagi): tema tahun ni '1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian
    Diutamakan'..yg tadi tuh tema hari kebangsaan negara Brunei..hahhaha..



    Kesimpulannya, byk2 la tgk tv Malaysia ( jgn byk tgk drama indon, korea, jepun, taiwan etc) , baca paper Malaysia, dgr radio Malaysia especially di bulan kemerdekaan ni .. so,xder la anda diklasifikasi sebagai Rakyat Asing yg ada Kad Pengenalan Malaysia selepas berumur 12 tahun..



    “1Malaysia adalah satu gagasan
    bagi memupuk perpaduan di
    kalangan rakyat Malaysia yang
    berbilang kaum, berteraskan
    beberapa nilai-nilai penting
    yang seharusnya menjadi
    amalan setiap rakyat Malaysia.”

    - Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Hj Abd Razak -
    Perdana Menteri Malaysia

    Nota 52: Sape nk Blackberry , bleh la gigih vote kt sini or kt sini (jika tidak dpt blackberry, sila dapatkan tart blueberry di stokis2 kuih raya berdekatan)

    Monday, August 17, 2009

    :: Korang add tak boss dlm Facebook?



    I did! sebab boss ajak join jadik crew lanun dia dlm game Pirates: Rule of Caribbean ..sporting x my boss ?..hehe..muler2 takut gak coz takut kantoi asyik layan FB jer time kije..hahaha..( tak kan la nk create user account baru plak kan )..tp pernah gak terkantoi biler boss tahu aku join group baru( group blaja memasak..hehe) dlm FB (pasni kalu ader aper2 update, jgn set as news feed..hahaha).. so far, majority colleagues join game tuh..and as usual, boss la yg got high level kan..mane bleh kalah ngn staff kan...main2 jugak..but, kije kene siap la kan..time kije, everyone kene serius la kan..time2 nk release tension, memasing plunder la dlm game tuh..haha..

    supervisor: Nik Rohaiza ( siap panggil name penuh tuh.. serius je bunyi ..riak muke jugak agak serius)..

    me: Ya..( muke dh cuak )

    supervisor: Nik Rohaiza, awak curi kayu saya..

    me: ??( muka x paham sambil tgk2 kt lantai if ader kayu2 di bawah meja..serius, time ini aku memang bendul..siap cari2 sekeliling..)

    supervisor:( tahan gelak..) awak curi kayu saya..

    me:( selepas idle seketika..barulah kebijaksanaan diri muncul..)..ooo...hahahaha

    colleague di seat sebelah: kayu aper nik?

    me:kayu kat facebook


    dipendekkan cerita..dlm game Pirates tuh, kite bleh steal wood kt island lanun lain..so, kesimpulannya, lihatlh betapa seriusnya semangat ke'pirate'an kami di opis..hehehe



    Biler dh add ur boss and ur colleagues, make sure yg korang x buat sesuatu yg bleh menyusahkan diri dan masa depan korang..seperti menghapdet status ngn ayat "malas la buat kije" and biler boss terbaca maka boss akan reply " so, ari nih dikire unpaid leave ye..atau esok, u boleh mule kije baru di opis lain"..hahaha..tak ke takut dibuatnya..

    Last week, aku ader bace berita dlm paper Kosmo! pasal Fired By Facebook..byk jugak case camni sebenarnya..but the latest report yg aku baca dlm paper tuh menceritakan pasal sorg staff nih di'fired' via facebook..atau dgn lebih specific di dlm comment status nyer..takut kan kalu jadik camni..


    so kawan2 sekalian termasuk diri sendiri..kalu nk update status tuh, biarlah yg elok2 kan..jgn la yg dlm versi kutuk mengutuk..nak2 plak bulan puasa nk dekat nih..so, daripada korang nk kutuk someone else via facebook tuh, memadai la ngn status seperti " Saya harus bersabar".." Mereka juga insan biasa..bisa melakukan kesilapan..so, saya maafkan mereka"..dan sure ramai yg click "Like" kt status korang tuh..termasuk boss korang..hehe..


    Nota Lanun: Bile la agaknya bleh smpi level Pirates yg hebat cam rakan-rakan seopisku..hehe..saper nk join jadik my crew?.

    Wednesday, August 12, 2009

    :: 1 Malaysia katanya...part 1

    Senario 1:

    Di sebuah gerai makan di tepi jalan..

    Pengambil order menuju ke meja kaunter lalu berkata..

    " Demo tu royak dio nok make ari nih, buke esok"

    ( translation : "Orang tuh bagitau yang dia nak makan hari nih,bukan esok" )

    Dialog di atas terjadi berikutan kegagalan pihak peniaga makanan menserve makanan dalam masa yg sepatutnya..dengan kata lain, tahap kelaparan dan kesabaran pelanggan juga ada had nyer..hehe

    Kesimpulan:
    Tiada perbezaan pangkat dan kedudukan dalam menzahirkan kesopanan diri..semua org patut dihormati..


    Senario 2:

    Di sebuah opis yg aman damai dgn hanya kedengaran ketukan kibod yg berlagukan rentak zapin dan opera cina..hehe..

    Chinese guy: I nk tanye la..why arr orang melayu suka pindah malam-malam? byk kali i nmpk org melayu kt area rumah I pindah malam2..

    Malay guy: ( dgn muka x puas hati..hehe)..Ada 2 sebab pindah waktu malam: pertama, larikan diri coz x mampu byr sewa..then, kedua..mungkin org yg you nampak pindah randah tuh sebenarnya sedang angkut brg org lain ( pencuri la tuhh)

    Chinese guy: oo..i ingatkan ader petua or sebab-munasabab tertentu yg menyebabkan org melayu suka/perlu pindah malam-malam..


    Kesimpulan: takder diskriminasi kaum dlm aktiviti nomad di waktu malam..

    Friday, July 24, 2009

    :: Quick Update on Ina Sajali Wedding

    Kejadian: Ke majlis kawen Ina Sajali @ Kajang.
    Tarikh kejadian: 18 July 2009
    Tempat berkumpul: Tesco Kajang
    Leader konvoi : Proton Persona milik Suhaidal
    Sub-leader konvoi : MyVi milik Azie
    Jumlah Peserta Konvoi: 7 org
    Konsep pakaian peserta: Mengikut adat dan citarasa masing2..we met Miss Pinky..hehehe..she wore Pink Baju Kurung, got Pink Goodie Bag, got Pink brooch in goodie bag and also she wrapped the gift with Pink wrapper..who's that?..see the pictures..hehee
    .
    .
    ..
    ...
    Ok la..jom layan gambar2 yg sempat disnap..




    Kitorg antara tetamu terawal yg bergambar ngn pengantin kt meja makan..hehehe..
    Zura:" Aku x muat masuk la"..
    tp biler Zura berjaya membuat percubaan masuk ke belakang seat pengantin itu, terus yg lain menyusul beratur..hehe.maka, semua nyer..smile!!!




    Lawa kan pengantin..berseri2 Ina ..siap ader flower girl muslimah :)



    maka diperkenalkan geng2 konvoi yg ceria selepas mendapat goodie bag..kecian Cipah, mak Ina siap igt dia budak sekolah lagi..hehe..tp Cipah, tu membawa makne yg u look more younger than us..hehe..




    goodie bag yg menceriakan kitorg coz memasing dpt brooch yg lawa sgt..

    ari tu ader chat ngn Ina and she said that the concept of her wedding tuh idea dia sendiri,..x pakai wedding planner pun..kreatif la..siap ader gambar2 pengantin kt meja tetamu..tp xtahu la kalu tetibe ader tetamu bwk balik gmbr2 tuh..hehe..


    Nota dlm goodie bag org kawen
    : dh lamer x update blog, tetibe mlm nih terbukak hati nk update..hehe..lately busy kt opis, tp cam biasa entry ditaip di opis..hehehe..dh 11.10 pm, tp masih diopis..smbil menunggu opismate hantar pulang coz tertinggal bas td..hehehe

    Monday, July 13, 2009

    :: ..penampal iklan yg bertauliah..


    Kronologi tugasan sebagai penampal iklan sejak 3 tahun berturut2 (bukan berniat melakukan vandalisme )



    Tahun 2007:
    Sumber: Journal @Tagged
    Ari ni 1 Nov n cam biase kitorg kenelah melaksanakan tanggungjwb as penyewa..aper yg merisaukan kitorg ialah dh kekurangan sorg hosmate..dh seminggu diwar2kan kt sekitar area nih..n ramai gk yg bertanyer but after discuss..tup2 sonyap jer..@last smpi ari ni xder saper lg yg confirm nk jd hosmate kitrg yg baik2 belaka nih( hehe..promote jap!)..Sebelum nih, shima ngn inisiatifnyer mem'promote'kan umh kitorg tuh by tampal iklan kt kedai2, jejantas n 7e..n malam td kitorg skali lg meneruskan inisiatif shima tuh utk meluaskan promotion..hehe..kali nih sg besi turut menjadi port.

    Mission started..but not accomplished yet!


    Misi dimulakan tanpa sokongan yanie..hehe..yanie diarahkan utk masak dat night..so only aku n shima memikul tggunggjwb yg agak besar demi duit kocek msg2..Unfortunately, bile smpi jer area yg kitorg dh target sejak awal agi, ramai la plak manusia2 kt situ. So , kitorg xnk arr buat kalut kt situ..so, kitorg blah gi area laen..but samer gak..ye laa..time kul 8 tuh, ofcos ramai org agi..xpecially yg br balik dr keje..@last aku n shima wat keputusan utk tangguh dlu operasi menampal iklan tuh..n kitorg gi leisure mall n shima book 2 tiket utk 30 DAYS OF NIGHT utk
    Jumaat nih..pastu, kitorg decide nk smbg balik operasi tergendala tgh malam nt..ofcos xder org sgt..(Apehal la susah sgt nk tmpl..kes sogan la nih..)..be continue..

    Sampai jer umh, yanie dh siap masak n ape lagi..MAKAN!!!Pastu kitorg spend time ngn tgk citer IRIS (citer stereotype)n JTL..tup2..dh kul 12 tgh malam..so operasi bermula semule..pikir punyer pikir..berani plak kitorg nk kuar tgh2 malam semata2 nk tmpl iklan..tp terpaksa laa..Seperti biase, yg menjadi tukang tmplnyer ..aku..n shima mencari port yg sesuai..cam kelakar plak cz ms kitorg nk tmpl kt area flat2,kitorg cam pesalah jer..ye la..takut bile terserempak ngn rukun tetangga kt flat tuh..haha..siap sempat tuh tmpl kt lif blakang bilik rukun tetangga..Sori, encik tetangga!!..hmmm..pastu kitorg trus g area lrt sg besi..n satu lg cabaran cz org still rmi kt situ

    ..tp, xder pilihan..aku ngn budget berani la kut..gi la tmpl..settle( time aku nk kuar tmpl, org2 kt gerai tuh still duduk..tp baru jer aku nk tmpl..dah..diorg bangun n berjalan ke tempat tuh la plak..!!..n be selamber jer la)..Alhamdullillah, lebih kurang sepuluh keping gk kitorg tmpl semalam..n kul 1.00am..mission terlaksana n wait n c the result laa...


    Tahun 2008

    Sumber:What should I name my blog?
    Termasuk semalam, dh 2 kali aku join operasi cari housemate….bukannyer housemate aku hilang but we’re currently looking for new housemate due to 2 of our housemates dh nk pindah next month cz dh nk abes practical..demi budget sewa umh next month,so, mlm td, aku, shima n yanie memulakan operasi yg aku namakan ‘Tampal iklan after 12 a.m‘..bleh?.

    Port yang samer seperti operasi dulu..lrt, 7e,jejantas,tepi kedai, bus stop.. hehehe…operasi ni dijayakan dgn jayanyer oleh sorang tukang drive (also a mastermind di sebalik operasi nih….kitorg ikut jer la..kalu x..x pasal2 kene cover sewa bilik sebelah tuh..), sorang tukang letak gam (kepantasan meletak gam menyumbang kepada kejayaan operasi nih..hehehe..aku la tuh) n sorang tukang tampal yg volunteer nk turun padang dgn berpakaian cam nk gi shopping… hehehe…. so, kul 12 a.m, bergerak la kitorg nih..kalu dulu, kitorg tmpl dlm 10 advertisements,

    kali nih…cumer 5 ads jer…myb next operasi akan diteruskan lepas CNY if still xder feedback..so, ader saper2 nk jd housemate kepada kitorg yg baik2 belaka nih?…hehehe..promote skit..


    Tahun 2009:

    Again..last monday (06/07/09) sekali lagi operasi yg bleh dikatakan annual event nih
    dijalankan..aku smpi rumah dari opis kul 8.15..time aku balik tuh, dh nmpk roomate aku, yanie duk sibuk gunting kertas2 berwarna pink..tp aku xder plak mengoffer diri utk gi tolong gunting gak..hehe..pas solat, mandi, makan..shima ajak semua join operasi menampal iklan..hmm..time tuh aku budget akan dikecualikan coz aku baru siap bukak puasa, then, dh pakai baju tido dh pun..tp sebab x nak kene bebel ( hahaha..shima, kalu ko baca nih sure ko lagi kuat bebel kt aku nanti..hahaha )..aku pun join la..plan asal, nk jer turun bertugas ngn baju tido + berseluar trek + tudung sesempoi yg bleh..budget duk dlm kereta jer..lagipun position aku as usual adalah meletak gam..so, dalam kereta jer pun dh settle kije tuh kann..but, atas nasihat + bebelan shima (hehehe), aku tukar kepada pakaian yg lebih beretika dan sesuai ngn kerjaya sebagai tukang sapu gam iklan yakni bersweater + still berseluar trek suit + bertudung hitam yg tidak di iron..hehehe..

    Polisi kerjaya ini mensyaratkan sesiapa yg turun bertugas dengan berseluar jean, baju berjenama ngn harga rm20++, bertudung yg berharga rm30++, maka secara otomatiknya diposisikan sebagai penampal iklan di mana skop kerjanya adalah memantau sekeliling area yg telah ditarget sebagai area paling strategik, then, keluar dari kereta, then,sepantas mungkin menampal iklan di tiang2 yg menjadi pilihan..

    Port yg menjadi sasaran kitorg adalah port yg dh biasa kitorg pamerkan skill vandalisme kitorg..hehehe.. yakni tiang2 bus stop , dinding2 tepi lift kt flat2, belakang pondok telephone, tangga bawah jejantas,7e ( secara mintak izin )..jugak di dinding2 tepi kedai dan bank.

    Antara halangan dan campurtangan pihak luar yg sedikit sebyk mengganggu gugat kije ini:

    1. ketika bersusah payah menampal iklan di bwh tangga jejantas lrt sg besi ( ala..kedai2 makan byk kt tepi tuh kan )..tetibe muncul sorg mamat nih berkecek ( bercakap ) kelate.."Ikle umoh sewo ko?" ..."Ni no phone akak ko?"..lalu housemate ku menjawab "bukan..bukan"..lalu cepat2 masuk dlm kereta..hahaha..

    2. Lift2 di flat adalah berdekatan ngn bilik rukun tetangga..so, kije menampal iklan harus dilakukan dgn berhati2 tanpa disedari oleh pakcik2 tetangga..hehehe..

    3. Jika pakcik2 tetangga tidak kelihatan, maka halangan seterusnya adalah penghuni2 flat yg mundar-mandir di area itu sambil menunggu lift..maka, penampal iklan haruslah berlagak sebagai penghuni flat itu yg juga beraksi seperti menunggu lift..hehe..

    4.pandangan sinis org ramai yg melihat gelagat seseorg di bus stop yg seolah2 sedang
    menampal iklan "PINJAMAN DENGAN FAEDAH SERENDAH 0% DARIPADA SYARIKAT AH-LONG YG PALING BAIK".

    5. Kertas2 iklan di 7E sudah kehabisan..so, haruslah menuju ke 7e cawangan lain..

    6. kehadiran cctv yg tidak disedari..maner la tahu tetibe ader kes polis kt area tuh ( mintak dijauhkan ), time tuh la terpampang wajah2 mereka2 yg sedang cuak sambil memerhatikan kawasan sekeliling berserta beberapa helai kertas iklan warna pink di tangan..

    Operasi berjaya ditamatkan jam 10 pm ++. Till today, dh ader la org call n datang tgk bilik tuh..but, masih tiada yg confirmkan lagi..so, kirenye iklan bilik kosong itu masih valid ( ketika entry ini ditulis )..

    Selain kaedah2 di atas, operasi mengiklankan bilik juga dijalankan thru alam
    maya..hehehe..yakni kt mudah.com dan buku muke..

    Nota iklan di dinding: hmm..kalu la dlm lrt ngn komuter tuh bleh tampal iklan, sah2 kitorg sanggup beli tiket pergi balik semata2 nk tampal iklan dlm tuh..hehehe..

    Monday, July 6, 2009

    :: Life is an Open Secret - Ramadan Special (sebelum dibeli)


    last weekend, aku nk sgt mundar mandir kt MPH Midvalley tuh..but, kemalasan nk naik komuter yg sudah pasti penuh ngn mereka2 yg teruja ngn MegaSale (aku pun teruja but nilai MYR dlm akaun langsung x mengujakan salegirl/promoter nk promote brg kt aku..) membuatkan aku mendelaykan niat murni ku ke gedung ilmu tuh..actually, aku tgh nk meninjau the latest series book of Life is an Open Secret. So far, aku dh ader all collection of this series..first series aku beli kt Kinokuniya KLCC..then, second one beli kt MPH Midvalley time the writer, sis Zabrina buat promotion kt saner..tp time tuh aku x dpt pegi..tp pesan kt member sruh tolong belikan..dh beli tuh, siap dpt free satu lagi buku yg sama..then, member aku beli version Malay..so, both of us pun bertukar2 la buku yg dpt free tuh..then now, in my collection dh ader 3 buah buku..Think About It, You, Me and We and the last one Hidup Bukan Rahsia - Fikirkanlah



    ..skang in progress membeli this latest series

    Life is an Open Secret - Ramadan Special..




    Honestly, aku nk kasi tau yg all series of Life is an Open Secret nih best sgt2..x rugi korang beli..and harga pun berpatutan..so far harga this series rm24.50

    member aku siap kasi tau yg dia berjaya menelaah semua chapter in Life is an Open Secret - You, Me and We dlm komuter..bagus2..xder la ko buang masa duk tgk panorama hutan dan tiang elektrik sepanjang bangi ke kl sentral tuh..so far aku x berjaya lagi nk baca aper2 dlm komuter ( melainkan carta perjalanan komuter or menjenguk tajuk utama newspaper yg dipegang oleh penumpang lain )

    so, dengan ini diisytiharkan minggu nih adalah minggu membeli buku baru..( dulu budget tahun baru nk beli new book every month..but,x tercapai budget ku coz terbabas ke arah perbelanjaan menambahkan berat badan ..hehe)..

    for those yg nk beli by online, sila klik belah kiri tetikus anda di sini

    Nota Mari Membaca Buku: pernah plan nk tulis review pasal buku2 yg aku dh baca nih..but, blum tercapai semangat utk menulis..hopefully, akan ader entry yg berfaedah selepas ini..hehehe..masih jugak berhutang tagged entry..

    Wednesday, June 24, 2009

    :: Fadhilat Bulan Rejab

    Hari ni 24 Jun 2009 bersamaan 1 Rejab 1430.

    Bulan Rejab kembali lagi. Ia merupakan bulan yang sangat dimuliakan di dalam Islam. Banyak hadis Rasulullah S.A.W. yang telah diriwayatkan oleh para sahabat Baginda mengenai kelebihan bulan Rejab, bulan ketujuh di dalam kalendar Islam. Rejab bermaksud taazim (kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana Allah S.W.T. akan melimpahkan rahmat-Nya, kemurahan-Nya .

    Amalan terbaik di dalam bulan Rejab ini ialah berpuasa. Maksud hadis Rasulullah S.A.W. tentang kelebihan berpuasa di dalam bulan Rejab adalah seperti berikut:

    Puasa 1 hari - Seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredhaan Allah serta syurga tertinggi.

    Puasa 2 hari
    - mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan dilipatgandakan pahalanya.

    Puasa 3 hari
    - dijauhkan dugaan dunia oleh Allah, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya ke neraka,

    Puasa 4 hari - diselamatkan daripada siksaan akhirat kelak serta fitnah Dajjal.

    Puasa 5 hari - aman dari azab kubur.

    Puasa 6 hari - dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya.

    Puasa 7 hari - Allah mengunci 7 pintu neraka jahannam baginya.

    Puasa 8 hari - Allah membuka 8 pintu syurga baginya.

    Puasa 9 hari - keluar dari kuburnya lalu menyeru "Laailahaillallah" dan tidak ditolak dia dari memasuki syurga.

    Puasa 10 hari - Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titian Siratul Mustaqim setiap satu batu dan dijadikan 2 sayap untuk terbang seperti kilat di titian Siratul Mustaqim.

    Puasa 13 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 3,000 tahun.

    Puasa 14 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 10,000 tahun.

    Puasa 15 hari - Allah mengampunkan semua dosanya yang lalu di samping menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan. Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 100,000 tahun.

    Puasa 16 hari - dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

    Puasa 19 hari - Dibina sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Adam.

    Puasa 20 hari - Allah mengampunkan segala dosanya yang lalu, dan melakukan amalan baik dengan baki umurnya.

    Sesiapa yang berpuasa 3 hari dalam bulan Rejab dan beribadat pada malamnya seperti dia berpuasa 3,000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar setiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa dari jasadnya, 70 hajat ketika di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Al-Quran dinaikkan ke langit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan, dan 70 hajat ketika melalui titian Siratul Mustaqim.

    Berpuasa pada 27 Rejab (Hari Israk dan Mikraj) seperti berpuasa 60 bulan pahalanya, jika disertai dengan sedekah seumpama puasa 1,000 tahun.
    Dapat meminum air sungai yang dinamakan Rejab yang mana airnya lebih putih dari susu, lebih manis daripada manisan, lebih dingin dari salji.

    Setiap umat Islam yang berpuasa di bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya. Tambahan bersedekah seperti beribadat seribu kali haji dan umrah. Dibina untuknya seribu mahligai dengan seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali.

    Sedekah di bulan Rejab seumpama sedekah seribu dinar, dituliskan kepada tiap-tiap helai bulu romanya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat dan dihapuskan seribu kejahatan serta dijauhkan daripada api neraka.

    Orang yang lemah dari berpuasa di bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari, sekurang-kurangnya sebuku roti.


    Dipetik dari Portal Pusat Islam UUM

    Nota Tazkirah: saper2 yg blum ganti puasa tuh, eloklah melaksanakannya di bulan ini..( ingatan utk diri sendiri jugak ) ;)

    Tuesday, June 23, 2009

    :: The awards goes to Being Coach Potato..yeah!!

    Penganugerahan award sempena Festival Awards Sesama Bloggers yg ke-1
    (dlm sejarah kewujudan blog ini)

    Pihak Penaja Award :
    Imm, zla and zla again..thanks babes!

    Ucapan Penerima Award :
    Terima kasih kepada peminat2 blog saya .Tanpa sokongan anda, sudah tentu tiadalah Being Coach Potato dalam blog list anda..hehehe
    ..( to kili: dengan munculnyer entry nih, maka dpt lah blog nih terpublish dlm top10 blog list ko ye )


    Imm to Nik "member kamceng masa kat UPM dulu. Byk jasanya kpdku terutama masa nak siapkan assignment pasal programming. Career s'rang menyimpang jauh dari Food Engineering tetapi merupakan major skill and her speciality..programmer. Betulkan Nik? "

    Nik to Imm: xder la major skill..my major skill masih berkaitan food engineering yakni makan (food) dgn kelajuan maksima (engineering) ..hehehe..


    zla to Nik "Senior masa uni dulu2 ni..sangat suka blog nye..Kakak Senior yang sweet sangat!"

    Nik to zla : owh my x-junior, thanks..btw, akak pun xtau tang maner la yg sweet tuh =)

    ok..jom kiter lihat awards aperkah yg diberikan kpd Being Coach Potato..

    First award given by Imm, the supermom



    2nd award given by zla, the gorgeous makeup artist



    3rd award given by zla again..yeah..



    Nota Hari Anugerah : Selain awards, turut disertakan dlm pakej hadiah adalah 'Tagged'..so, next entry will be on Award Tagged..wait and see who will be given these valuable awards..( sori ya..mengejar masa ( sambil mencuri tulang yg bersepah ) ketika menaip entry ini..so, x sempat nk jawab tagged award tuh..(maklumlah menyalahgunakan masa 'free' di opis namernya kan..)

    Monday, June 15, 2009

    :: Quick Update: Lim's Wedding

    Misi merealisasikan entry yg direquest oleh Imm, Sha & Yanz.

    Memandangkan mesin taip di rumah masih tidak beroperasi ngn baik,( juga disebabkan hari ni adalah hari isnin ) maka entry ditulis menggunakan pc opis, di waktu semua opismate kuar lunch..hehe..

    For the moment, just 3 pics jer sempat diupload..